Informasi Permainan Video Terkini
Pelakon Suara Latar MediEvil Mengacahkan Sesuatu Berkenaan Permainan Tersebut

Pelakon Suara Latar MediEvil Mengacahkan Sesuatu Berkenaan Permainan Tersebut

Diterbitkan pada Okt 24, 2018 oleh .

Sebelum ini, Sony mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan semula permainan klasik di Playstation 1 iaitu MediEvil sebagai permainan pernambah-baikkan di Playstation 4.

Terkini, pelakon suara latar buat watak utama permainan tersebut, Jason Wilson memperacahkan bahawa beliau akan kembali untuk menjadi suara latar Sir Daniel Fortesque. Jason Wilson juga merupakan pereka dan penulis asal buat permainan MediEvil.

Imej yang dikongsikan adalah gambar beliau yang mana beliau memakai baldi di kepalanya. Ini kerana, ketika proses melakon suara latar Sir Daniel Fortesque di Playstation 1 beberapa tahun lepas, beliau melakonkan watak tersebut dengan memakai baldi di kepala untuk menghasilkan kesan suara bagi watak tersebut.

Sekaligus, ini dapat membuktikan bahawa mungkin Sony akan merakam semula suara watak Sir Daniel Fortesque kembali ataupun menambah dialog-dialog baru buat permainan pernambah-baikkan tersebut. Walaupun begitu, pihak Sony mahupun Jason Wilson tidak memberi sebarang informasi tambahan berkenaannya.

Namun menariknya, ketika acara sembang Blogcast Playstation beberapa hari lepas, ketua pegawai eskutif SIE, iaitu Shawn Layden menyatakan bahawa informasi lanjut berkenaan permainan tersebut akan diumumkan dalam masa terdekat ini.

MediEvil merupakan permainan aksi pengembaraan yang memfokuskan watak Sir Daniel Fortesque. Ia dilancarkan pada 1998 di konsol Playstation 1. Ia kemudiannya dilancarkan sebilangan sekuel pada tahun 2000 dan 2005 di Playstation Portable. Pada PSX 2017 lepas, Sony mengumumkan bahawa mereka akan membawa semula permainan tersebut secara bentuk pernambah-baikkan di Playstation 4.

Seperti biasa, kami akan kongsikan sebarang informasi lanjut berkenaannya setelah mereka umumkan kelak.


TIPS & ULASAN