Warner Bros Interactive Entertainment hari ini berkongsi satu lagi trailer baharu buat permainan Hitman 2. Melaluinya, diperlihatkan kesemua lokasi yang terdapat di dalam permainan ini.

Trailer tersebut mengesahkan kesemua lokasi yang tertiris sebelum ini. Lokasi-lokasi yang ada adalah Miami, Colombia, Hawke’s Bay di New Zealand, Mumbai di India, Vermont di Amerika Syarikat dan Kepulauan Sgail di Atlantik Utara.

Hitman 2 akan dikeluarkan untuk Playstation 4, Xbox One dan PC pada 13 November 2018.

Sohor Kini