Skip to main content

Julai lepas, Hello Games melancarkan kemaskini NEXT buat permainan No Man’s Sky yang mana ianya merupakan kemaskini terbesar bagi permainan tersebut sejak pelancarannya beberapa tahun lepas.

Sejak kemaskini tersebut juga, Hello Games menyertakan pelbagai kemaskini lain seperti pengubah-suian watak dan sebagainya.

Terkini, Hello Games mengumumkan bahawa mereka akan masih lagi mengemaskini permainan tersebut dengan menyertakan kemaskini terbaru selepas NEXT, iaitu The Abyss yang mana ianya juga merupakan kemaskini percuma buat permainan No Man’s Sky.

Menurut mereka, kemaskini juga akan memfokuskan elemen seram bersempena dengan bulan Halloween yang berlangsung bulan Oktober ini. Namun dari segi tarikh pelancaran dan kandungan kemaskini tersebut, Hello Games masih belum mengumumkannya.

No Man’s Sky merupakan permainan penembak pandang pertama penerokaan alam terbuka. Ia telah pun dilancarkan di Playstation 4, Xbox One dan PC.

Leave a Reply