Skip to main content

NPD merupakan syarikat penyelidikan pasaran di Amerika Syarikat, melalui kuciran di akaun Twitter seorang penganalisis, mereka berkongsi maklumat penjualan untuk permainan Marvel’s Spider-man bagi pasaran Amerika Syarikat.

https://twitter.com/MatPiscatella/status/1054861850314067968

Menurut mereka, Marvel’s Spider-man telah mencecah beberapa rekod yang memperlihatkan penerimaan yang tinggi untuk permainan tersebut. Antaranya adalah;

  • Ia merupakan permainan terjual paling banyak untuk bulan September
  • Merupakan permainan eksklusif untuk Playstation dengan pendapatan tertinggi untuk bulan pelancaran dalam sejarah Playstation.
  • Di tempat ketujuh bagi permainan di Playstation (termasuk yang bukan eksklusif)
  • Jumlah jualan untuk bulan pelancaran adalah 37% lebih tinggi berbanding gabungan kesemua permainan Spider-man sebelum ini.
  • Ke-3 untuk jumlah permainan tertinggi bagi tahun 2018

Walaupun rekod tersebut adalah untuk pasaran Amerika Syarikat, namun kami merasakan untuk di pasaran lain termasuk Asia Tenggara, Marvel’s Spider-man juga terjual dengan baik. Sebelum ini dilaporkan yang permainan tersebut terjual sebanyak 3.3 juta unit selepas 3 hari dikeluarkan.

Sebelum ini, kami juga telah membuat ulasan penuh buat permainan tersebut dan bagi anda yang berminat untuk membacanya, anda boleh ke pautan dibawah.

Ulasan Marvel’s Spider-Man – Permainan Dunia Terbuka Adiwira Yang Baik

Leave a Reply