Penukaran nama pengguna PSN ataupun PSN Online ID merupakan sesuatu yang sudah ditunggu-tunggu oleh pemain. Fungsi tersebut diumumkan akan tiba menjelang awal tahun 2019.
Bersamanya, Sony juga memberi peluang kepada beberapa pengguna yang terpilih untuk mencubanya melalui versi beta. Berdasarkan perkongsian di Resetera oleh yang mencuba, Sony menyatakan beberapa perkara yang boleh berlaku jika PSN Online ID di tukar.
Menurut Sony, tidak semua permainan dan aplikasi untuk PS4, PS3, PS Vita dan sistem Playstation yang lain menyokong fungsi penukaran ini. Oleh itu, jika anda masih menukarnya, perkara berikut mungkin berlaku;
- Anda mungkin kehilangan kandungan permainan, termasuk kandungan yang dibeli di dalam permainan seperti penambahan dan mata wang maya.
- Anda mungkin kehilangan fail simpanan serta perkembangan anda di dalam permainan.
- Sesetengah bahagian di dalam permainan mungkin tidak akan berfungsi dengan baik. Secara dalam atau luar talian.
- Online ID anda yang lama mungkin masih terpapar di beberapa tempat.
Buat masa ini tidak disahkan jika perkara tersebut mungkin berlaku semasa versi Beta ini sahaja ataupun berlanjutan sehingga dikeluarkan pada semua 2019 nanti.