Informasi Permainan Video Terkini
Set LEGO Rasmi Overwatch Tertiris – Memperlihatkan Reka Bentuk Watak Dan Lokasi Kawasan Overwatch

Set LEGO Rasmi Overwatch Tertiris – Memperlihatkan Reka Bentuk Watak Dan Lokasi Kawasan Overwatch

Diterbitkan pada Okt 23, 2018 oleh .

Sebelum ini, Blizzard mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan set LEGO rasmi berdasarkan permainan Overwatch yang mana mereka memperacahkan Jeff Kaplan sedang memasang figura Minifigs Tracer.

Terkini, pengguna Twitter, Nibel berkongsi set imej Lego tersebut yang mana ianya memperlihatkan sebilangan watak-watak dari Overwatch, termasuklah reka bentuk kawasan permainan.

Apa yang menariknya adalah, set tersebut bukan sahaja menyertakan Minifigs watak-watak dari Overwatch, malah segala lokasi dan kelengkapan permainan tersebut seperti Payload, aksesori di peta-peta kawasan permaina juga akan disertakan bersama.

Ianya juga tampaknya akan disertakan mengikut set watak seperti set peta kawasan Hanamura di Overwatch akan disertakan bersama watak Hanzo dan Genji, yang mana pasti akan membuat peminat mengingati animasi pendek yang dikeluarkan oleh Blizzard sebelum ini.

Namun dari segi tarikh pelancaran dan harga set LEGO tersebut, Blizzard dan LEGO masih belum berkongsi sebarang informasi berkenaannya. Seperti biasa, kami percaya mereka akan mengumumkannya pada masa terdekat ini.


TIPS & ULASAN