Informasi Permainan Video Terkini
Ghostbusters World Kini Boleh Dimuat Turun Untuk iOS Dan Android – Permua AR Berdasarkan Siri Ghostbusters

Ghostbusters World Kini Boleh Dimuat Turun Untuk iOS Dan Android – Permua AR Berdasarkan Siri Ghostbusters

Diterbitkan pada Okt 23, 2018 oleh .

Pada Februari lepas Sony Pictures Entertainment dan Ghost Corp mengumumkan kerjasama dengan 4:33 untuk menghasilkan permua berasaskan AR berdasarkan Ghostbusters yang dipanggil Ghosbusters World.

Hari ini, permua tersebut boleh dimuat turun untuk iOS dan Android secara percuma. Permua ini boleh dimainkan seperti Pokemon Go. Pemain perlu berjalan di dunia sebenar untuk menangkap hantu. Menariknya, ia juga menyertakan jalan cerita untuk permainan solo.

Bagi pemain yang ingin lebih cabaran terdapat juga pelbagai pertempuran dengan penjahat yang boleh dilakukan bersama-sama pemain lain sehingga 4 pemain. Pemain juga boleh meningkatkan taraf dan kebolehan hantu-hantu yang ditangkap untuk digunakan melawan pemain lain.

iOS: Ghostbuster World

Android: Ghostbuster World


TIPS & ULASAN