Informasi Permainan Video Terkini
DLC Pertama Marvel’s Spider-Man “The Heist” Dilancarkan Hari Ini

DLC Pertama Marvel’s Spider-Man “The Heist” Dilancarkan Hari Ini

Diterbitkan pada Okt 23, 2018 oleh .

Bagi anda yang membeli pas musim permainan Marvel’s Spider-Man, anda kini akhirnya berpeluang untuk bermain DLC pertama buat permainan tersebut yang mana ianya bertajuk The Heist dan akan memfokuskan watak Black Cat.

DLC tersebut merupakan sebahagian daripada tiga DLC “The City That Never Sleep” Buat permainan tersebut.

Melalui DLC tersebut, pemain akan mengembara di kawasan bandaraya New York untuk mencari petunjuk yang ditinggalkan oleh Black Cat. DLC tersebut juga akan menyertakan misi dan cabaran baru buat pemain bersama-sama dengan 3 kostum baru yang boleh dinyah-kunci oleh pemain.

Namun, bagi anda yang tidak ingin membeli pas musim permainan tersebut, anda juga berupaya untuk membeli DLC tersebut secara berasingan dengan harga RM39.

Marvel’s Spider-Man merupakan permainan aksi pengembaraan esklusif di Playstation 4. Ianya dibangunkan oleh Insomniac Games dan kami juga telah membuat ulasan penuh buat permainan tersebut dan bagi anda yang berminat untuk membacanya, anda boleh ke pautan dibawah.


TIPS & ULASAN