Informasi Permainan Video Terkini
Trailer Pelancaran Spyro Reignited Trilogy Dipertontonkan – Bakal Tiba 13 November Ini

Trailer Pelancaran Spyro Reignited Trilogy Dipertontonkan – Bakal Tiba 13 November Ini

Diterbitkan pada Okt 23, 2018 oleh .

Dengan pelancaran permainan Spyro Reignited Trilogy semakin hampir, Activision hari ini mempertontonkan trailer terbaru khas buat permainan tersebut.

Melaluinya, mereke mempertontonkan sebilangan bentuk permainan dan watak-watak klasik yang bakal tiba bersama permainan tersebut. Mereka juga memperlihatkan sebilangan visual grafik yang dinaik-taraf dibandingkan visual grafik asal permainan tersebut di Playstation 1.

Spyro Reignited Trilogy merupakan permainan pernambah-baikkan bagi siri Spyro. Seperti Crash Bandicoot N.Sane Trilogy, permainan ini akan menyertakan 3 siri permainan Spyro pertama iaitu Spyro the DragonSpyro 2: Ripto’s Rage! dan Spyro: Year of the Dragon. Menurut Activision, permainan tersebut akan dilancarkan di konsol Playstation 4 dan Xbox One pada 13 November 2018.


TIPS & ULASAN