Jika anda masih ragu mengenai e-sukan adalah satu bentuk sukan ataupun tidak, berita ini mungkin mengubah persepsi anda. Nike yang sudah semestinya dikenali ramai sebagai satu syarikat penyedia pemakaian sukan mengumumkan penajaan pemain e-sukan buat kali pertama.
Nike melalui kempen promosi “Dribble &” menaja pemain League of Legends bagi pasukan Team RNG iaitu Jian ‘Uzi’ Zihao. Walaupun baru berumur 21 tahun, beliau merupakan antara pemain terbaik untuk permainan ini.
Beliau akan menggunakan “Dribble & Carry” iaitu perkataan yang sering digunakan untuk pemain terbaik di dalam satu pasukan. Ini merupakan satu berita yang baik untuk industri e-sukan. Dengan penglibatan syarikat seperti Nike mungkin akan menggalakkan syarikat lain seperti PUMA, manakala Adidas yang sudah terlibat di dalam e-sukan mungkin akan meningkatkan penglibatan mereka.