Skip to main content

Intellivision asalnya merupakan konsol pertama yang memfokuskan permainan 16bit yang dilancarkan pada 1979 lepas. Konsol tersebut juga merupakan konsol pertama yang mempunyai lesen permainan sukan profesional dan keupayaan muat-turun permainan secara digital melalui servis PlayCable.

Sebelum ini, Tommy Tallarico mengumumkan bahawa mereka akan membawa kembali konsol keluaran Intellivision dimana menurut mereka, ianya merupakan konsol retro baru dengan pendekatan generasi kini.

Kini, setelah hampir 40 tahun konsol asal Intellivision dilancarkan, mereka akhirnya mengumumkan konsol terbaru oleh Intellivision, iaitu Amico dimana ianya dirancang untuk dilancarkan pada 10 Oktober 2020 ini.

Menurut Tommy Tallarico, konsol tersebut dihasilkan untuk dimainkan dengan permainan yang boleh dimainkan seisi keluarga. Sekaligus, mereka juga menghasilkan konsol tersebut dengan rekaan yang lebih ringkas termasuklah alat kawalan yang senang untuk dimainkan bersama-sama rakan dan ahli keluarga.

Menurut Intellivision, konsol tersebut akan dijual sekitar harga antara $149 sehingga $179 iaitu sekitar RM746 bagi mata wang negara Malaysia. Dari segi permainan, kesemua permainan yang bakal dilancarkan di Amico akan bergenre sesuai untuk seisi keluarga dan merupakan permainan konsol esklusif di Amico. Permainan tersebut juga akan dijual dibawah harga $8(~RM33) dan tidak akan mempunyai sebarang DLC pernambahan.

Tambahan juga, ketika pelancaran konsol Amico, Intellivision akan menyertakan lebih dari 20 permianan secara terbina yang dipernambah-baikkan semula daripada permainan-permainan klasik Intellivision. Pemain juga berupaya untuk memuat-turun permainan tambahan dan juga permainan tersebut mempunyai sokongan trofi.

Dari segi perkakasan konsol tersebut, Amico akan disertakan bersama beberapa sambungan USB dan HDMI untuk menggunakannya bersama TV. Ianya juga mempunyai sambungan internet secara berwayar ataupun secara tanpa wayar dengan Wi-Fi.

Dari segi alat kawalan, Amico akan menggunakan alat kawalan khas yang dihubung melalui Bluetooth dimana ianya mempunyai skrin sesentuh bersama-sama dengan sokongan pengesan Gyroscope dan Accelerometer. Alat kawalan tersebut juga mempunyai sokongan pengecasan tanpa wayar dan pembesar suara bersama-sama dengan mikrofon. Menariknya juga, pengguna juga boleh menggunakan telefon pintar mereka sendiri sebagai alat kawalan tambahan dengan memuat-turun aplikasi khas.

Sememangnya ini merupakan satu konsol yang menarik terutamanya buat pemain retro yang ingin bermain semula permainan-permainan klasik yang diolah semula. Namun, adakah anda berminat dengan konsol ini? Sila tinggalkan pendapat anda di ruangan komen dibawah.

Leave a Reply