Informasi Permainan Video Terkini
Switcher.GG: Memudahkan Anda Mencari Rakan Untuk Bermain Permainan Switch Secara Multi-Pemain

Switcher.GG: Memudahkan Anda Mencari Rakan Untuk Bermain Permainan Switch Secara Multi-Pemain

Diterbitkan pada Okt 23, 2018 oleh .

Jika anda seperti saya yang tidak mempunyai ramai rakan, sudah semestinya agak sukar mencari rakan untuk bermain secara multi-pemain. Tambahan, jika permainan tersebut adalah permainan Switch.

Seorang peminat iaitu Bezzaton hari berkongsi satu laman iaitu Switcher.GG yang berfungsi menjadi hub untuk memudahkan anda mencari rakan untuk bermain sesuatu permainan.

Selepas mendaftar menggunakan Discord, anda boleh mencari rakan berdasarkan permainan yang anda ingin bermain. Anda mempunyai dua pilihan iaitu Koperasi setempat atau multi-pemain secara dalam talian. Untuk koperasi setempat, ia akan mengesan kedudukan anda dan mencari sesiapa yang berdekatan (turut menggunakan laman ini).

Manakala untuk multi-pemain secara dalam talian, ia akan mencari mana-mana profil pemain yang menyertakan permainan yang anda cari. Anda boleh menghantar mesej yang akan menggunakan Discord sebagai platform perhubungan.

Buat masa ini, laman tersebut tidak menyatakan sebarang penafian mengenai perkongsian maklumat anda. Menurut pereka laman ini, beliau sedang melakukannya.

Layari: Switcher.GG


TIPS & ULASAN