Informasi Permainan Video Terkini
Demo Astro Bot: Rescue Mission Kini Boleh Dimuat-Turun Secara Percuma

Demo Astro Bot: Rescue Mission Kini Boleh Dimuat-Turun Secara Percuma

Diterbitkan pada Okt 22, 2018 oleh .

Bagi anda yang mempunyai set kepala realiti-maya Playstation VR dan tertanya-tanya sama ada untuk membeli permainan Astro Bot: Rescue Mission, anda mungkin berminat untuk mencuba demo permainan tersebut dimana ianya kini boleh dimuat-turun secara percuma.

Astro Bot: Rescue Mission merupakan permainan aksi platformer yang dibangunkan oleh Japan Studio dari Sony Interactive Entertainment. Ianya merupakan permainan yang memerlukan set kepala realiti-maya Playstation VR dan merupakan permainan esklusif di Playstation 4.

Beberapa hari lepas, kami juga sempat membuat ulasan permainan tersebut dimana pada pendapat kami ianya merupakan permainan terbaik buat Playstation VR. Namun, bagi anda yang masih lagi khuatir berkenaan permainan tersebut, anda juga berupaya untuk memuat-turun demo permainan tersebut secara percuma melalui PSN Store.

Namun bagi anda yang berminat untuk membaca ulasan penuh kami berkenaan Astro Bot Rescue Mission, anda boleh ke pautan dibawah.

Ulasan Astro Bot Rescue Mission – Permainan Realiti-Maya Terbaik Di Playstation VR

Muat-Turun: Demo Astro Bot Rescue Mission


TIPS & ULASAN