Skip to main content

Wargroove merupakan permainan strategi mengikut turutan yang dibangunkan oleh Chucklefish. Ianya merupakan permainan yang dikatakan di ambil inspirasi daripada Advance War dan siri Fire Emblem.

Terkini, melalui blog rasmi mereka, Chucklefish menyatakan bahawa permainan tersebut akan dilancarkan tahun hadapan pada suku pertama 2019.

Menurut Chucklefish, permainan tersebut asalnya dirancang untuk dilancarkan tahun ini. Namun, mereka mengambil keputusan untuk menunda sehingga tahun hadapan kerana mereka ingin menyertakan pelbagai kandungan lagi buat pemain.

Menurut Chucklefish mereka juga akan menyertakan pelbagai kandungan seperti mod kempen, mod rekaan peta dan juga mod arked yang mana bakal tiba secara bersama apabila permainan tersebut dilancarkan.

Wargroove bakal tiba tahun hadapan di konsol Playstation 4, Switch, Xbox One dan juga PC.

Leave a Reply