Skip to main content

Bersempena dengan bulan Halloween pada Oktober ini, Konami hari ini mengumumkan bahawa mereka akan menyertakan aksesori Pyramid Head khas dari permainan Silent Hill di permainan Metal Gear Survive.

Bagi anda yang pernah bermain permainan Silent Hill, anda pasti mengetahui berkenaan raksasa ataupun musuh Pyramid Head yang pasti memberi satu mimpi ngeri buat anda. Selain daripada aksesori tersebut, Konami juga menyertakan pita kaset dan resepi barangan lain khas sempena acara tersebut.

Acara tersebut akan bermula hari ini sehingga 6 November ini dimana anda berupaya untuk bermain misi “The Researcher’s Story (Special Edition)” untuk mendapatkan aksesori dan barangan tersebut.

Metal Gear Survive merupakan permainan sampingan buat siri Metal Gear yang memfokus bentuk pertahanan hidup dan pertempuran zombi. Bagi anda yang berminat untuk membaca ulasan penuh permainan tersebut, anda boleh membacanya dibawah.

Ulasan Metal Gear Survive – Permainan Pertahanan Hidup Yang Dirosakkan Dengan Mikro-Transaksi

Leave a Reply