Bagi peminat siri Devil May Cry 5 diluar sana, anda mungkin berminat dengan edisi terhad yang diumumkan oleh Capcom hari ini iaitu edisi Ultra Limited buat permainan tersebut yang mana ianya akan menyertakan jaket replika khas berdasarkan watak-watak yang terdapat di dalam permainan tersebut.

3 Jaket yang diumumkan adalah jaket dari watak Nero, Dante dan V iaitu watak baru yang diumumkan oleh Capcom sebelum ini. Bagi anda yang berminat, edisi terhad tersebut boleh dipra-tempah sekarang sehingga 19 November ini melalui laman rasmi kedai atas-talian E-Capcom.

Dari segi harga pula, bagi jaket Nero, ianya dijual dengan harga ¥750,000(~RM27,666). Manakala jaket Dante pula berharga ¥900,000(~RM33,199) dan jaket V pula berharga ¥600,000(~RM22,133).

Selain itu, Capcom juga mengumumkan edisi terhad yang mana mereka akan menyertakan baju kemeja rekaan Devil May Cry 5 khas dengan harga bermula ¥11,852(~RM438).

Sebelum ini, Capcom juga mengumumkan edisi Deluxe yang mana ianya menyertakan sebilangan kandungan digital bersama senjata Mega Man.

Devil May Cry 5 merupakan permainan Devil May Cry seterusnya oleh Capcom. Permainan ini akan dilancarkan di Playstation 4, Xbox One dan PC pada 8 Mac 2019 ini.

Sohor Kini