Informasi Permainan Video Terkini
Keseluruhan Siri Tekken Mencapai Hasil Jualan Sebanyak 47 Juta Salinan
PC

Keseluruhan Siri Tekken Mencapai Hasil Jualan Sebanyak 47 Juta Salinan

Diterbitkan pada Okt 22, 2018 oleh .

Katsuhiro Harada iaitu pengarah siri permainan perlawanan terkenal Tekken, hari ini mengumumkan bahawa permainan terbaru mereka, iaitu Tekken 7 telahpun terjual melebihi 3 juta salinan buat seluruh dunia. Namun, nilai ini merupakan nilai pada Disember 2017 lepas. Kemungkinan nilainya akan lebih tinggi sekarang.

Menariknya juga, bagi keseluruhan siri Tekken, beliau juga menyatakan bahawa siri tersebut telahpun mencapai 47 juta salinan sejak pelancaran permainan Tekken pertama pada 1995 lepas.

Dengan hasil jualan ini, Bandai Namco juga tidak berhenti untuk menyertakan pelbagai kandungan baru buat permainan tersebut dimana mereka sebelum ini juga merancangkan pelbagai watak-watak bakal tiba pada masa akan datang.

Tekken 7 adalah permainan perlawanan yang dilancarkan oleh Bandai Namco tahun lepas di konsol Playstation 4, Xbox One dan PC.


TIPS & ULASAN