Skip to main content

Game Grumps minggu ini mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan permainan Dream Daddy: Dadrector’s Cut untuk konsol Playstation 4 minggu hadapan.

Dream Daddy: Dadrector’s Cut asalnya merupakan permainan yang dilancarkan di PC melalui Steam. Ianya adalah sebuah permainan simulasi temujanji dimana anda berpeluang untuk bertemu dan berasmara bersama watak-watak ayah yang lain.

Melalui versi Dadrector’s Cut ini, Game Grumps menyatakan bahawa permainan ini akan menyertakan sebilangan kandungan baru yang dipotong, termasuklah misi sampingan baru dan juga pelbagai mini-permainan baru yang pemain boleh mainkan.

Menariknya juga, kandungan baru ini juga akan disertakan secara percuma buat mereka yang memiliki permainan Dream Daddy: A Dad Dating Simulator di PC.

Bagi anda yang berminat, Dream Daddy: Dadrector’s Cut akan dilancarkan pada 30 Oktober 2018 ini di Playstation 4.

Leave a Reply