Informasi Permainan Video Terkini
Hiruzen Sarutobi Diumumkan Sebagai Watak DLC Seterusnya Buat Naruto To Boruto: Shinobi Striker
PC

Hiruzen Sarutobi Diumumkan Sebagai Watak DLC Seterusnya Buat Naruto To Boruto: Shinobi Striker

Diterbitkan pada Okt 22, 2018 oleh .

Sebelum ini, Bandai Namco mengumumkan bahawa watak Jiraiya merupakan DLC pertama buat pas musim bagi permainan Naruto To Boruto: Shinobi Striker.

Terkini, Bandai Namco mengumumkan bahawa Hokage ketiga, iaitu Hiruzen Sarutobi pula akan tiba buat permainan tersebut sebagai watak tambahan seterusnya.

Seperti Jiraiya, watak tersebut akan disertakan secara percuma melalui kemaskini permainan tersebut. Namun, bagi mereka yang ingin mendapatkan kostum-kostum termasuklah senjata dan kemahiran Hiruzen Sarutobi tersebut untuk digunakan untuk watak pemain sendiri, pemain perlu mendapatkan pas musim permainan tersebut secara berasingan.

Melalui watak ini, Bandai Namco akan menyertakan kesemua kemahiran-kemahiran beliau seperti kemahiran Reaper Death Steal, dan pelbagai kemahiran Ninjutsu lain.

Naruto To Boruto: Shinobi Striker merupakan permainan aksi pengembaraan yang memfokuskan bentuk permainan secara multi-pemain dimana pemain berupaya untuk bertempur secara berpasukan sehingga 4 pemain untuk menentang pasukan yang lain. Pemain juga berpeluang untuk mencipta watak mereka sendiri untuk digunakan di dalam permainan ini.

Permainan tersebut telahpun dilancarkan di Playstation 4, Xbox One dan juga PC September lepas.


TIPS & ULASAN