Skip to main content

Sebelum ini, Rebellion melancarkan permainan Battlezone: Gold Edition di konsol Playstation 4, Xbox One dan PC yang mana asalnya ianya merupakan permainan realiti-maya di HTC Vive, Oculus Rift dan Playstatiojn VR.

Terkini, Rebellion akhirnya berkongsi tarikh pelancaran buat permainan tersebut di konsol Switch yang mana ianya bakal tiba pada November ini.

Battlezone merupakan permainan penembak kereta kebal yang memfokuskan dunia sci-fi. Menariknya melalui edisi ini, ianya menyertakan sebilangan kandungan tambahan seperti figura bobbleheads tambahan dan pelbagai lagi kandungan yang dilancarkan sebelum ini.

Bagi anda yang berminat, anda boleh membuat pra-tempahan permainan tersebut secara digital melalui Nintendo eShop bermula dengan harga $29(~RM125).

Battlezone: Gold Edition buat konsol Switch akan dilancarkan 8 November 2018 ini. Bagi versi konsol lain dan PC, ianya telahpun dilancarkan Mei lepas.

Leave a Reply