Skip to main content

Clap Hanz dan Sony kini mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan permainan realiti-maya buat siri Everybody’s Golf, iaitu Everybody’s Golf VR yang mana ianya bakal tiba secara esklusif di Plastation VR.

Menurut Sony, permainan tersebut akan menyokong alat kawalan Dualshock 4 dan juga alat kawalan secara pergerakkan, Playstation Move untuk menghayung kayu golf tersebut.

Sony juga menyatakan bahawa melalui bentuk realiti-maya tersebut, permainan ini bakal memberi pengalaman baru buat mereka yang ingin menyelami dunia golf yang terdapat di dalam permainan tersebut.

Walaupun begitu, kelihatan permainan ini tampaknya merupakan permainan secara kendiri dan bukanlah satu kemaskini realiti-maya untuk permainan Everybody’s Golf yang dilancarkan oleh mereka sebelum ini. Sekaligus ini merupakan satu perkara yang agak mengecewakan memandangkan kedua-dua permainan tersebut diletakkan di dalam dunia yang sama.

Everybody’s Golf VR dirancang untuk dilancarkan tahun hadapan pada musim bunga, iaitu antara bulan Mac sehingga Jun. Kita mungkin akan mengetahuinya lebih lanjut menjelang tahun hadapan sama ada ianya permainan kendiri ataupun hanyalah satu kemaskini buat Everybody’s Golf.

Leave a Reply