Marvel’s Spider-man Menerima New Game+ Dan Pelekat Lopak Air

Marvel’s Spider-man hari ini menerima kemaskini baharu yang menyertakan New Game+ untuk permainan tersebut, Melaluinya, permain boleh bermain kembali dengan memiliki kesemua barangan serta skill yang telah dinyah-kunci.

Tahap kesukaran baharu juga ditambah iaitu Ultimate jika anda ingin bermain New Game+ dengan lebih mencabar. Selain itu, bagi yang menggemari mod foto, terdapat pelbagai penuras, bingkai dan pelekat baharu untuk menghias foto anda. Pelekat lopak air juga disertakan.

Anda boleh memuat turun kemaskini yang menyertakan kesemua penambahan di atas bermula sekarang dan sepatutnya sudah dipasang secara automatik melainkan anda menutupnya atau tidak bersambung dengan internet.

Sohor Kini