Days Gone Ditunda Lagi – Akan Dikeluarkan Pada April 2019

Bend Studio hari ini mengumumkan yang permainan mereka Days Gone menerima tarikh pelancaran baharu. Selepas ditunda dari 2018 ke Februari 2019, kini permainan tersebut ditunda sekali lagi dan akan dikeluarkan pada 26 April 2018.

Menurut mereka, keputusan tersebut di buat kerana Februari padat dengan permainan lain. Antara permainan yang dikeluarkan pada bulan Februari adalah Anthem dan Metro Exodus. Manakala Januari serta Mac juga mempunyai permainan seperti Resident Evil 2, Kingdom Hearts 3, Devil May Cry 5 dan Sekiro: Shadows Die Twice.

Dengan penundaan ini, mereka akan mengambil kesempatan untuk lebih memperbaiki permainan tersebut. Days Gone merupakan permainan zombi dunia terbuka yang dibangunkan oleh Bend Studio secara esklusif buat konsol Playstation 4.

Sohor Kini