Jika sebelum ini Activision mengumumkan Call of Duty: Black Ops 4 memecahkan rekod untuk penjualan terbanyak bagi hari pertama pengeluaran di Playstation Store serta untuk permainan mereka.

Hari ini, mereka mengumumkan yang jumlah jualan untuk permainan tersebut selepas 3 hari dikeluarkan adalah $500 juta(~RM2.8 bilion). Selain itu naib presiden untuk Call of Duty menyatakan yang Black Ops 4 mendapat satu permulaan yang baik.

Beliau mengatakan jumlah pemain meningkat jika ingin dibandingkan dengan tahun-tahun lepas. Beliau juga mengatakan penonton di Twitch sudah mencapai satu tahap yang baharu. Menurutnya, ia membuktikan yang Black Ops 4 adalah satu permainan yang menarik untuk dimainkan serta ditonton.

Ini merupakan satu kejayaan yang baik, akan tetapi bukanlah sesuatu yang luar biasa. Pendapatan sebanyak ini untuk 3 hari pertama adalah hampir sama dengan permainan Call of Duty serta Battlefield sebelum ini.

Call Of Duty: Black Ops 4 sudah dikeluarkan pada 12 Oktober ini di konsol Playstation 4, Xbox One dan PC.

Sohor Kini