Skip to main content

Usain Bolt dikenali ramai sebagai ‘manusia terpantas di dunia’ kerana kejayaan beliau di dalam arena lumba lari. Selepas bersara, beliau yang merupakan peminat kepada kelab Manchester United, ingin memulakan karier sebagai pemain bola sepak.

Pada umur 32 tahun, iaitu agak lewat jika baru ingin memulakan karier, beliau sekarang sedang bermain bersama kelab liga Australia Central Coast Mariners tetapi sekadar kontrak percubaan.

Jika kelab tersebut mengambil beliau sebagai pemain penuh, FIFA 19 sudah semestinya akan menyertakan beliau kerana liga Australia adalah antara liga berlesen di dalam permainan tersebut. Namun, EA juga menyatakan walaupun beliau tidak bermain dengan mana-mana kelab, beliau mungkin akan disertakan sebagai pemain free-agent.

Jika disertakan, kami tidak aka berpuas hati melainkan Acceleration dan Speed untuk Usain Bolt adalah 99.

Leave a Reply