eGG Network dan Moonton hari ini mengumumkan peringkat akhir untuk Mobile Legends Professional League MY/SG Musim Ke-2 akan bermula 19 sehingga 21 Oktober ini di Ruang Legar Utama, Paradigm Mall. 8 pasukan akan bertempur untuk merebut hadiah terkumpul $64 ribu (~RM266 ribu) dimana juara akan membawa pulang $31 ribu (~RM128 ribu).

8 Pasukan yang berjaya ke peringkat akhir ini adalah Flash Tyrants, EVOS SG, AirAsia Saiyan, GF Mystic, Traitor, Bigetro SG, GF ICON dan Saiyan Reborn. Pengunjung yang menghadiri ke Paradigm Mall akan berpeluang untuk melihat kesemua perlawan dan selain itu terdapat juga pelbagai aktiviti. Antaranya adalah;

  • Battle A Legend – Pengunjung berpeluang untuk bertempur dengan pemain PRO melalui pertempuran 1v1 Mobile Legends untuk memenangi kostum di dalam permainan.
  • Disediakan juga adalah cabutan bertuah selama 3 hari untuk memenangi barangan di dalam permainan serta peralatan Razer.
  • Pengunjung yang hadir awal juga berpeluang untuk mendapat pelbagai barangan, antaranya adalah figura Mobile Legends.
  • Pengunjung juga akan diberi peluang untuk menonton episod terakhir bagi siri Mata Kerbau.

Jika anda tidak berkesempatan untuk berkunjung ke Paradigm Mall, anda juga boleh menonton perlawan secara penstriman langsung melalui laman FB Mobile Legends Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai kejohanan ini anda boleh layari laman rasmi MPL.

Sohor Kini