Informasi Permainan Video Terkini
Fungsi Rentas Platform Untuk Rocket League Tertunda Ke Tahun Hadapan

Fungsi Rentas Platform Untuk Rocket League Tertunda Ke Tahun Hadapan

Diterbitkan pada Okt 18, 2018 oleh .

Psyonix melalui penulisan Roadmap: Fall 2018 berkongsi perancangan mereka untuk Rocket League bagi suku akhir tahun ini. Perkara utama yang diumumkan adalah mengenai RocketID.

RocketID merupakan perancangan Psyonix untuk digunakan sebagai akaun utama yang membolehkan pemain bermain di pelbagai platform menggunakan satu akaun sahaja. Walaupun ia sudah dirancang pada tahun 2017 lagi dan dijangkakan akan dikeluarkan pada tahun ini, akan tetapi Psyonix mengumumkan yang RocketID ditunda ke tahun hadapan.

Namun, mereka mengatakan yang selepas pengumuman oleh Sony untuk membuka fungsi rentas platform di PS4, mereka kini boleh merancang untuk mengeluarkan RocketID di kesemua platform jika dibenarkan.

Antara pengumuman lain yang dikongsikan adalah Xbox One X bakal menerima kemaskini pada bulan Disember yang membolehkan permainan tersebut di mainkan dengan resolusi 4k dan kelancaran 60 paparan sesaat.

Mereka juga mengumumkan Rocket Pass musim ini akan berakhir pada 26 November ini dan Rocket Pass musim baharu akan bermula pada bulan Disember. Acara terakhir untuk tahun ini turut diumumkan iaitu Frost Fest 2018. Melalui acara tersebut pemain berpeluang untuk mendapatkan pelbagai barangan berdasarkan tema Krismas.

Rocket League adalah permainan arena perlawanan yang memfokuskan penggunaan kenderaan kereta untuk bermain dimana pemain perlu menjaringkan gol seakan bola sepak. Ia telahpun dilancarkan di Playstation 4, Xbox One, Switch dan juga PC.


TIPS & ULASAN