Informasi Permainan Video Terkini
Penerbit Menerangkan Sebab Marvel’s Daredevil Tidak Akan Menyertakan Watak Daripada Siri Lain

Penerbit Menerangkan Sebab Marvel’s Daredevil Tidak Akan Menyertakan Watak Daripada Siri Lain

Diterbitkan pada Okt 18, 2018 oleh .

Musim ketiga siri Netflix Marvel’s Daredevil bakal tiba tidak lama lagi dan Netflix sudah mengesahkan yang untuk musim kali ini tidak akan ada watak daripada siri lain seperti Jessica Jones, Luke Cage, Iron Fist ataupun The Punisher.

Erik Oleson iaitu penerbit eksekutif untuk musim ini menerangkan sebab mereka memilih untuk tidak menyertakan watak daripada siri lain. Melalui musim ini, beliau ingin mengembalikan fokus penceritaan kepada watak Daredevil dan tidak mahu watak-watak lain mengganggu penceritaan tersebut.

Gamespot yang berkesempatan untuk menonton 6 episod pertama bagi siri ini menyatakan penceritaan akan lebih mendalam mengenai watak utama Daredevil iaitu Matt, Foggy, Karen dan juga Fisk. Ia juga akan memperkenalkan watak baharu seperti Bullseye yang diperlihatkan melalui trailer sebelum ini.

Musim ini, siri ini akan mempunyai 13 episod dan Oleson mengatakan beliau berjanji yang tidak akan ada episod merupakan sekadar pengisian. Musim ketiga Marvel’s Daredevil akan tiba di Netflix pada 19 Oktober 2018.


TIPS & ULASAN