Informasi Permainan Video Terkini
Dota 2 Kini Memperlihatkan Kebarangkalian Untuk Mendapatkan Barangan Rare Melalui Treasure
PC

Dota 2 Kini Memperlihatkan Kebarangkalian Untuk Mendapatkan Barangan Rare Melalui Treasure

Diterbitkan pada Okt 18, 2018 oleh .

Treasure di dalam Dota 2 merupakan kotak tikam yang boleh dibeli untuk mendapatkan kostum khas untuk watak-watak di dalam permainan ini. Minggu ini Valve, melancarkan Treasure baharu iaitu Treasure of the Carmine Cascade.

Seperti kebiasaan, Treasure kali ini juga menyertakan kostum biasa, Rare, Very Rare dan Extremely Rare. Untuk barangan biasa terdapat kostum bagi watak Ancient Apparition, Ember Spirit, Oracle, Bartrider, Visage, Skywrath Mage dan Razor.

Manakala Rare adalah untuk watak Earthshaker, Very Rare untuk watak Dark Willow dan Extremely Rare untuk watak Nature’s Prophet. Menariknya, treasure kali ini juga diperlihatkan kebarangkalian untuk mendapatkan sesuatu kostum Rare dan ke atas.

Dengan menekan anak panah yang diletakan di kostum tersebut, anda boleh melihat kebarangkalian untuk mendapatkan kostum tersebut. Ia juga memperlihatkan peningkatan kebarangkalian apabila membuka lebih daripada satu Treasure.

Sebagai contoh, untuk pek Treasure yang pertama anda mempunyai kebarangkalian untuk mendapat kostum rare sebanyak 1:2000 manakala untuk bukaan pek yang ke-10, kebarangkalian adalah 1:10.4.

Bagi pelanggan Dota Plus, anda juga boleh kitar semula barangan yang anda dapat, dengan mengkitar semula sebanyak 6 barangan anda akan mendapat 1 pek Treasure dan 2000 Dota Plus shards. Bagi kostum biasa, anda mempunyai kemungkinan besar untuk mendapat kesemuanya dengan membeli 7 pek Treasure yang berharga RM10 setiap satu.

Manakala untuk kostum Rare dan ke atas, anda mungkin perlu berbelanja lebih lagi melainkan anda bernasib baik. Kami secara peribadi tidak menggemari sistem kotak tikam tetapi jika ada kostum yang anda ingin miliki, moga anda bernasib baik.


TIPS & ULASAN