Informasi Permainan Video Terkini
The Quiet Man: Pemain Boleh Mendengar Bunyi Semasa Bermain Buat Kali Kedua Sahaja
PC

The Quiet Man: Pemain Boleh Mendengar Bunyi Semasa Bermain Buat Kali Kedua Sahaja

Diterbitkan pada Okt 18, 2018 oleh .

The Quiet Man merupakan permainan yang menjadikan watak utama seorang yang mempunyai masalah pendengaran. Ia juga merupakan watak yang akan dikawal oleh pemain. Oleh disebabkan itu, pemain tidak akan mendengar sebarang bunyi termasuk juga dialog kecuali kesan bunyi semasa memukul ataupun dipukul.

Namun, minggu ini Square Enix mengumumkan beberapa minggu selepas permainan tersebut dikeluarkan kemaskini untuk menyertakan bunyi akan dikeluarkan. Pilihan tersebut hanya dibuka untuk pemain yang sudah habis bermain permainan tersebut buat kali pertama.

The Quiet Man dibangunkan oleh Human Head dan setakat ini hanya diumumkan untuk Playstation 4 dan PC dan akan tiba pada 1 November 2018.


TIPS & ULASAN