Filem seterusnya untuk Spider-man selepas Homecoming adalah Far From Home. Buat masa ini garis masa untuk filem ini masih tidak disahkan, mungkin ia berlaku sebelum Infinity War, mungkin selepas, atau mungkin juga satu garis masa yang berlainan.

Tom Holland melalui akaun Instagram beliau berkongsi “THATS A WRAP” yang berkemungkinan besar membawa maksud penggambaran untuk Far From Home sudah selesai. Melalui perkongsian yang sama, beliau juga memperlihatkan kostum baharu untuk Spider-man.

Kostum tersebut membawa rekaan yang lebih kurang seperti Homecoming tetapi dengan warna yang lebih gelap. Far From Home akan mula ditayangkan pada tahun 2019. Dengan selesainya penggambaran, trailer untuk filem ini mungkin akan tiba tidak lama lagi.

Sohor Kini