Informasi Permainan Video Terkini
Analogue Mengumumkan Konsol Retro Mega Sg. Untuk Bermain Permainan Konsol Sega Pra-Saturn

Analogue Mengumumkan Konsol Retro Mega Sg. Untuk Bermain Permainan Konsol Sega Pra-Saturn

Diterbitkan pada Okt 17, 2018 oleh .

Analogue minggu ini mengumumkan mereka akan mengeluarkan konsol retro Mega Sg yang boleh memainkan permainan kesemua konsol Sega sebelum SEGA Saturn iaitu SEGA Genesis (Mega Drive) dan Master System.

Mereka sebelum ini turut mengeluarkan konsol retro Nt Mini untuk bermain permainan NES dan Super Nt untuk bermain permainan SNES dan Super Famicon.

Berbeza dengan Nintendo dan Sony yang mengeluarkan konsol klasik tetapi mempunyai permainan yang terhad, konsol ini boleh memainkan kartrij asal permainan tersebut. Bagi kartrij Genesis ia boleh terus digunakan manakala untuk Master System perlu menggunakan penyesuai yang disediakan dengan setiap pembelian.

Manakala untuk bermain permainan Mark III, Game Gear, Sega MyCard, SG-1000, dan SC-3000, penyesuai berlainan akan dikeluarkan berasingan dengan harga $9.99(~RM41).

Menariknya ia akan meningkatkan resolusi grafik kepada 1080p tanpa sebarang sela masa. Ia juga boleh disambung dengan penambahan untuk Genesis iaitu Mega CD.

Alat kawalan tidak disediakan akan tetapi mereka bekerjasama dengan 8Bitdo untuk menyediakan alat kawalan M30 yang boleh digunakan secara nirwayar dan boleh dibeli dengan harga promosi iaitu $24.99(~RM103).

Mega Sg. boleh di pra-tempah bermula sekarang dengan harga $189.99(~RM788) dan akan dikeluarkan secara rasmi pada bulan April, 2019. Terdapat 4 pilihan warna iaitu USA, JPN, EUR dan White.

Denga kehadiran ini sudah semestinya akan mengurang minat untuk SEGA Mega Drive mini yang diumumkan oleh SEGA sendiri sebelum ini.

Layari: Analogue: – Mega Sg


TIPS & ULASAN