Jurucakap Xbox Larry Hryb melalui kuciran di akaun Twitter beliau mengumumkan yang Xbox One kini menyokong siri permainan Crysis iaitu Crysis, Crysis 2 dan Crysis 3 melalui Backward Compatibility.
Crysis dikeluarkan pertama kali pada tahun 2007 di PC, sebelum di bawa ke Xbox 360 dan Playstation 3 4 tahun kemudian. Crysis 2 dikeluarkan untuk PS3, Xbox 360 dan PC pada tahun 2011 manakala Crysis 3 pada tahun 2013.
Crysis, Crysis 2, and Crysis 3 are coming to Xbox One Backward Compatibility today https://t.co/qPMRNs2ZLo pic.twitter.com/Xe0hcBJQEN
— Larry Hryb, Gamer Emeritus 📱⌨️🖱️🎮 (@majornelson) October 16, 2018
Melalui sokongan ini, anda boleh menggunakan CD Xbox 360 untuk permainan tersebut di Xbox One. Ia juga boleh dibeli secara digital melalui Xbox Store pada harga $19.99(~RM83).