Knives Out dan Rules of Survival merupakan permua pertempuran royale yang diterbitkan oleh NetEase. Kedua-dua permua tersebut dikeluarkan pada masa yang sama iaitu pada November tahun lepas.
Berdasarkan anggaran yang dikeluarkan oleh Sensor Tower, setakat ini Knives Out telah menjana pendapatan sebanyak $370 juta (~RM1.5 bilion) sejak dikeluarkan. Pendapatan tersebut jauh meninggalkan Rules of Survival yang kami sebelum ini laporkan mencatat pendapatan sebanyak RM310 juta.
Penyumbang terbesar pendapatan ini adalah Jepun dengan 74%, manakala China 23%. Namun, jumlah China tidak menyertakan pendapatan dari Android. Knives Out juga kini dipasang sebanyak 58 juta kali dan 64% adalah melalui App Store.