Informasi Permainan Video Terkini
Tiga Kostum Baharu Untuk Marvel’s Spider-Man Yang Bakal Hadir Melalui DLC The Heist Diperlihatkan

Tiga Kostum Baharu Untuk Marvel’s Spider-Man Yang Bakal Hadir Melalui DLC The Heist Diperlihatkan

Diterbitkan pada Okt 17, 2018 oleh .

Permainan Marvel’s Spider-man bakal menerima DLC The City That Never Sleeps yang menyertakan tiga bahagian iaitu The Heist, Turf Wars dan Silver Lining.

Bahagian pertama iaitu The Heist bakal tiba pada 23 Oktober 2018 ini. Melalui penulisan di blog Playstation, Insomniac Games berkongsi tiga kostum yang akan hadir bersama dengan DLC tersebut.

Kostum tersebut adalah Resilient Suit yang direka oleh Garbiele Dell’Otto selain itu terdapat juga kostum Scarlet Spider II dan Spider-UK yang berasal dari Spider-verse.

DLC The City That Never Sleeps memfokuskan penceritaan mengenai Black Cat dan boleh di dapati melalui pas semusim yang berharga RM85 ataupun secara berasingan dengan harga $9.99(~RM42) setiap satu bahagian.


TIPS & ULASAN