Informasi Permainan Video Terkini
Tetris Effect Boleh Di Pra Tempah Bermula 16 Oktober Ini Dengan Harga Bermula RM129

Tetris Effect Boleh Di Pra Tempah Bermula 16 Oktober Ini Dengan Harga Bermula RM129

Diterbitkan pada Okt 16, 2018 oleh .

Seperti yang diumumkan sebelum ini, Tetris Effect akan dikeluarkan pada 9 November ini. Hari ini, Sony Interactive Entertainment dan Enhance Inc mengumumkan  permainan tersebut boleh di pra tempah bermula 16 Oktober ini dengan harga RM129 untuk versi digital dan RM139 untuk fizikal.

Pemain yang pra-tempah versi digital ataupun pembelian versi fizikal bagi edaran pertama akan menerima

  1. 7 lagu dari muzik latar untuk permainan ini (perlu dimuat turun)
  2. 7 Avatar untuk PSN berdasarkan permainan ini
  3. Tema dinamik “Yours Forever” untuk PS4

Tetris Effect merupakan permainan tekaria berasaskan Tetris yang dibina dengan membawa pelbagai elemen yang baharu. Ia turut boleh dimainkan secara realiti maya menggunakan PSVR.


TIPS & ULASAN