Informasi Permainan Video Terkini
Blizzard Mengumumkan Kemaskini Imbangan Untuk Hearthstone – Akan Tiba Pada 18 Oktober
PC

Blizzard Mengumumkan Kemaskini Imbangan Untuk Hearthstone – Akan Tiba Pada 18 Oktober

Diterbitkan pada Okt 16, 2018 oleh .

Bagi permainan Hearthstone, Blizzard sering melakukan kemaskini imbangan bagi memastikan permainan tersebut terus menjadi menarik dan lebih seimbang.

Hari ini, Blizzard mengumumkan kemaskini imbangan seterusnya untuk Hearthstone yang akan tiba pada 18 Oktober ini. Melalui kemaskini ini tiga kad yang akan diimbangkan semula iaitu;

Giggling Inventor – ia merupakan kad yang baru sahaja diperkenalkan melalui penambahan The Boomsday Project yang dikeluarkan pada 7 Ogos lepas. Kad ini sebelum ini memerlukan 5 mana selepas kemaskini ia akan memerlukan 7 mana. Berdasarkan statistik yang diberikan oleh HSReplay, kad ini merupakan kad paling banyak digunakan. 30% daripada keseluruhan dek, menggunakan kad ini. Selepas kemaskini ini, kami jangkakan penggunaan akan berkurang, bahkan kurang pada 10%.

Mana Wyrm – Mana Wyrm merupakan antara kad terbaik yang memerlukan 1 mana. Dengan bernyawa 3 dan serangan 1 tetapi akan bertambah setiap kali mengunakan Spell menjadikan kad ini adalah wajib untuk dek Mage. Melalui kemaskini ini, ia kini memerlukan 2 mana, sekaligus menjadikan lebih sukar untuk mengekalkan kad ini buat masa yang lama. Walaupun memerlukan 2 mana, ia masih merupakan satu kad yang baik.

Aviana – Aviana merupakan kad Druid yang mempunyai kuasa yang unik. Selepas kad tersebut di mainkan, kesemua kad watak lain akan memerlukan 1 mana sahaja untuk digunakan. Kad ini ditukar daripada memerlukan 9 mana kepada 10 mana agar dapat menghalang kad ini dapat dimainkan bersama Kun the Forgotten King yang mengisi semula mana pemain. Tidak ramai pemain yang mengunakan dek yang menyertakan Aviana, oleh disebabkan itu perubahan tidak akan memberi kesan yang ketara.

Bagi kami perubahan Giggling Inventor dan Mana Wyrm adalah satu keputusan yang baik, namun, ramai pemain yang tidak berpuas hati kerana kad-kad lain yang kuat untuk Druid tidak diubah dan menjadikan Druid tidak menerima banyak perubahan melalui kemaskini ini.


TIPS & ULASAN