Fortnite akan menerima kemaskini 6.10 tidak lama lagi, melalui kemaskini terbaru ini antara perkara yang disertakan adalah kejohanan di dalam permainan. Kejohanan ini akan terbuka kepada semua pemain dan memberi peluang untuk mereka melawan dengan pemain-pemain lain termasuk juga pemain pro.

Setiap kejohanan mempunyai beberapa perlawanan yang akan berlangsung mengikut tarikh dan masa yang ditetapkan. Di dalam setiap perlawanan, pemain akan bertempur untuk beberapa jam bagi mendapatkan markah tertinggi. Pemain mendapat markah mengikut kedudukan ataupun membunuh pemain lain.

Semasa perlawanan di dalam kejohanan ini, pemain akan bermain bersama dengan pemain lain yang juga menyertai kejohanan tersebut dan mempunyai kedudukan markah yang sama. Dengan mencapai markah tertentu, pemain akan mendapat pin. Di masa hadapan, pin tersebut boleh membawa pemain ke peringkat lain serta memenangi pelbagai hadiah.

Kejohanan ini akan menggabungkan semua pemain tidak mengira platform. Pemain yang menggunakan tetikus, alat kawalan ataupun secara permua juga tidak akan diasingkan. Namun, mereka akan terus mengkaji perkara ini dan mungkin akan mengkhususkan cara kawalan dan platform di masa hadapan.

Berikut adalah jadual untuk kejohanan yang akan berlansung tidak lama lagi;

  • Alpha Tournament (Solo)
    • Tarikh: 16 Oktober – 21 Oktober
  • Beta Tournament (Duo)
    • Tarikh: 23 Oktober – 25 Oktober
  • Friday Night Fortnite (Squad)
    • Tarikh: 19 Oktober – 30 November (Setiap hari Jumaat)
  • Salty Springs Cup (Solo)
    • Tarikh: 27 Oktober – 31 Oktober
  • Tomato Temple Cup (Duo)
    • Dates: 28 Oktober – 1 November

Tidak lama lagi, Fortnite juga akan menganjurkan pusingan kelayakan untuk Fortnite World Cup 2019 yang aka dianjurkan melalui kejohanan di dalam permainan.

Anda sudah bersedia untuk menyertai kejohanan ini?

Sohor Kini