Pada September lepas, kami melaporkan yang Artifact iaitu permainan kad berdasarkan Dota 2 oleh Valve akan disertakan dengan chat lansung. Chat tersebut juga berfungsi dengan pemain secara rawak semasa perlawanan.
Ramai yang mengatakan perkara tersebut boleh mencetus masalah kerana tidak semua pemain adalah seorang yang mempunyai perangai yang baik. Pada waktu itu, Valve hanya berharap komuniti Artifact tidak akan menjadinya satu masalah.
Namun, IGN hari ini mendapat pengesahan daripada Valve yang mengatakan sistem chat tersebut boleh ditutup dengan kata lain jika anda tidak ingin menggunakan sistem chat ataupun menemui pemain bermasalah, ia boleh ditutup.
Selain itu, Valve juga mengatakan akan ada sistem yang akan memantau. namun ia tidak diterangkan dengan lebih lanjut. Bagi kami ini adalah keperluan, walaupun sistem chat adalah baik tetapi secara rawak boleh menjejaskan pengalaman bermain.
Artifact akan tiba pada 28 November ini di PC, Mac dan Linux. Mereka juga akan melancarkan versi permua buat Android dan iOS pada tahun hadapan. Permainan tersebut akan dijual dengan harga $19.99(~RM82).