Activision semalam menyatakan permainan baharu mereka iaitu Call of Duty: Black Ops 4 memecah rekod mereka untuk jumlah jualan bagi hari pertama pengeluaran. Bahkan, ia juga memecah rekod untuk Playstation Store.

Ini sekaligus membuatkan jumlah pemain yang berada di dalam talian semasa hari pertama pengeluaran jauh mengatasi permainan sebelum ini.

Namun, kejayaan permainan tersebut tidak memberi kesan kepada jumlah pemain PUBG pada masa pengeluaran tersebut. Berdasarkan laporan Githyp, sepanjang hujung minggu pengeluaran Black Ops 4, PUBG hanya memperlihatkan penurunan sebanyak 4% ataupun 24 ribu pemain sahaja.

Ini adalah satu yang menarik kerana Black Ops 4 juga menyertakan mod pertempuran royale mereka sendiri iaitu Blackout. Mungkin pemain PUBG dan Black Ops 4 adalah terdiri daripada 2 kumpulan pemain yang berbeza.

Call Of Duty: Black Ops 4 sudah dikeluarkan pada 12 Oktober ini di konsol Playstation 4, Xbox One dan PC.

Sohor Kini