Informasi Permainan Video Terkini
Mega Man 11 Dibangunkan Oleh Pasukan Yang Mempunyai 40 Orang Pembangun Sahaja

Mega Man 11 Dibangunkan Oleh Pasukan Yang Mempunyai 40 Orang Pembangun Sahaja

Diterbitkan pada Okt 16, 2018 oleh .

Mega Man 11 merupakan siri seterusnya buat siri utama Mega Man. Sekaligus, penceritaannya memfokuskan Mega Man asal bersama Dr. Light dan antagonis, Dr. Willy.

Melalui temubual bersama penerbit Mega Man 11 Kazuhiro Tsuchiya yang diterbitkan oleh CAPCOM, beliau mengatakan walaupun Mega Man 11 adalah satu permainan yang besar, namun ia dibangunkan oleh satu pasukan yang kecil.

Menurut beliau, pasukan yang yang membangunkan Mega Man 11 hanya mempunyai 40 orang pembangun. Ia adalah satu jumlah yang kecil jika ingin dibandingkan dengan permainan AAA lain.

Tambah beliau, walaupun pasukan yang besar mempunyai kelebihan, namun, pasukan yang kecil lebih mudah untuk memastikan semua mempunyai sasaran yang sama.

Berdasarkan pandang pertama kami, Mega Man 11 adalah satu permainan yang baik dan menarik, terutama untuk peminat siri ini. Ulasan penuh kami untuk permainan ini akan tiba tidak lama lagi.

Mega Man 11 sudah dilancarkan pada 3 Oktober di konsol Playstation 4, Xbox One, Switch dan juga PC.


TIPS & ULASAN