Informasi Permainan Video Terkini
Pendapatan Clash Royale Untuk Bulan September Melebihi RM187 Juta

Pendapatan Clash Royale Untuk Bulan September Melebihi RM187 Juta

Diterbitkan pada Okt 15, 2018 oleh .

Jika permua Clash of Clans sebelum ini dilaporkan menjana pendapatan sebanyak RM 170 juta untuk bulan September, satu lagi permainan oleh Supercell iaitu Clash Royale pula menjana lebih pada $45 juta(~RM187 juta) untuk bulan yang sama. Ia adalah berdasarkan anggaran yang dikeluarkan oleh Sensor Tower.

Pengenalan sistem pertukaran kad pada awal bulan tersebut serta kad baharu iaitu Goblin Giant mungkin memainkan peranan untuk pendapatan ini yang terletak pada tangga ke-10 untuk jumlah pendapatan tertinggi bagi permua.

Amerika Syarikat merupakan penyumbang tertinggi iaitu 25% manakala di tempat kedua adalah Jepun dan Jerman dengan 9.4% dari jumlah pendapatan keseluruhan.

Pendapatan untuk bulan September menjadikan jumlah pendapatan untuk permainan ini sejak dikeluarkan adalah $2.3 bilion(RM9.56 bilion).


TIPS & ULASAN