Informasi Permainan Video Terkini
Blizzard Tidak Mempunyai Perancangan Untuk Menyertakan Fungsi Rentas Platform Bagi Diablo III

Blizzard Tidak Mempunyai Perancangan Untuk Menyertakan Fungsi Rentas Platform Bagi Diablo III

Diterbitkan pada Okt 15, 2018 oleh .

Diablo III: Eternal Collection bakal tiba untuk Switch November ini. Ia menjadikan Diablo III kini dikeluarkan untuk kesemua konsol termasuk generasi lepas dan PC.

Beberapa hari lepas ada laporan yang Blizzard akan menyertakan fungsi rentas-platform untuk permainan ini. Namun, hari ini, Blizzard menjelaskan yang  walaupun ia sesuatu yang menarik akan tetapi buat masa ini mereka tidak mempunyai sebarang perancangan untuk menyertakan fungsi tersebut.

Ini merupakan satu yang agak mengecewakan terutama jika anda membeli permainan ini di Switch yang mungkin agak sukar untuk mencari rakan agar dapat bermain secara koperasi.


TIPS & ULASAN