Skip to main content

Jun lepas, The Gentlebros mengumumkan yang permainan seterusnya bagi siri Cat Quest iaitu Cat Quest II: The Lupus Empire akan dikeluarkan pada awal tahun 2019.

Hari ini, melalui temubual bersama NintendoSoup, ketua pengawal eksekutif The Gentlebros Desmond mengatakan permainan tersebut akan dikeluarkan pada suku kedua atau suku ketiga 2019.

Tambah beliau, mereka menjangkakan pembangunan akan siap pada awal tahun 2019 akan tetapi masih memerlukan pengujian kualiti serta penyetempatan yang memerlukan lebih banyak masa.

Beliau juga mengatakan mereka merancang untuk mengeluarkan permainan tersebut di semua platform secara serentak.

Cat Quest II: The Lupus Empire dirancang untuk dilancarkan untuk kesemua platform termasuk versi permua di iOS dan Android bersama-sama untuk PC dan konsol Playstation 4, Xbox One dan Switch.

Leave a Reply