Skip to main content

Jika anda mempunyai rakan yang kaya dan sering berbelanja untuk membeli V-Bucks di dalam Fortnite, ini mungkin satu berita yang baik untuk anda. Terutama jika anda seperti kami, miskin.

Berdasarkan kuciran akaun Twitter Jaren, beliau memperlihatkan satu fungsi baharu untuk Fortnite iaitu memberi hadiah. Melalui video yang dikongsi kan, anda kini boleh membeli emote (kemungkinan juga kostum) dan memberinya kepada orang lain.

https://twitter.com/The1Jaren/status/1051039490247090176

Buat masa ini tiada sebarang pengesahan daripada Epic Games mengenai perkara ini. Namun, berdasarkan video dan laporan media lain, kami boleh katakan ia adalah sesuatu yang boleh dipercayai.

Adakah anda inginkan fungsi ini? Anda akan lebih memberi atau menerima?

Leave a Reply