Informasi Permainan Video Terkini
Jualan Digital Untuk COD: Black Ops 4 Memecahkan Rekod PlayStation dan Activision
PC

Jualan Digital Untuk COD: Black Ops 4 Memecahkan Rekod PlayStation dan Activision

Diterbitkan pada Okt 15, 2018 oleh .

Activision hari ini mengumumkan jualan digital untuk permainan baharu mereka iaitu Call of Duty: Black Ops 4 (IIII) merupakan permainan paling banyak terjual secara digital di PlayStation Store untuk hari pertama pengeluaran. Selain itu ia juga memecah rekod untuk permainan Activision sendiri mengalahkan Destiny 2.

Di Xbox One ia memecahkan rekod untuk permainan Activision tetapi tidak untuk secara keseluruhan di Xbox Store. Manakala untuk PC, jualan bagi hari pertama pengeluaran 2 kali lebih tinggi berbanding permainan siri ini sebelum ini iaitu Call of Duty: WWII.

Ini sekaligus membuatkan jumlah pemain yang berada di dalam talian semasa hari pertama pengeluaran jauh mengatasi permainan sebelum ini.

Ini adalah satu kejayaan yang baik untuk Activision, namun, kami tidak terkejut. Sebelum ini dilaporkan yang pemain lebih menantikan permainan ini berbanding permainan Red Dead Redemption 2.


TIPS & ULASAN