Informasi Permainan Video Terkini
Epic Games Menyaman Personaliti YouTube Kerana Menjual Mod Menipu Fortnite
PC

Epic Games Menyaman Personaliti YouTube Kerana Menjual Mod Menipu Fortnite

Diterbitkan pada Okt 15, 2018 oleh .

Epic Games minggu ini dilaporkan menyaman dua orang personaliti Youtube kerana menggunakan mod menipu di dalam Fortnite, mereka juga mempromosi serta menjual mod tersebut.

Personaliti Youtube yang terlibat adalah Brandon Lucas atau lebih dikenali dengan nama Golden Modz serta Colton Conter yang menggunakan nama Excentric dan sering membuat penampilan bersama di dalam video Lucas. Channel Golden Modz mempunyai lebih 1.7 juta pengikut.

Epic Games sudah meminta YouTube untuk membawa turun video-video tersebut, namun, Lucas mengatakan beliau tidak melakukan sebarang kesalahan kerana bukan beliau sahaja yang melakukannya.

Ini bukanlah satu perkara baharu, Epic Games sebelum ini menyaman 2 pemain kerana menipu akan tetapi kes kali ini adalah berbeza kerana melibatkan personaliti YouTube yang akan membawa satu implikasi besar jika Epic Games berjaya.

Epic Games juga minggu lepas mengumumkan pengambil-alihan syarikat anti-menipu Kamu yang memperlihatkan komitmen mereka untuk melawan penipu di dalam permaian Fortnite.


TIPS & ULASAN