Pengguna PlayStation 4 hari ini melaporkan yang mana konsol mereka tergendala dan tidak boleh digunakan selepas menerima suatu mesej hasad. Konsol pengguna dilihat tidak boleh digunakan dan tergendala apabila pengguna membuka mesej berkenaan – dan memerlukan mesej berkenaan dipadam sebelum dapat menggunakan konsol tersebut kembali.

Masalah seumpama ini bukan sesuatu baru dalam arena teknologi, dimana ia sering terjadi pada sistem operasi telefon pintar. Namun, ia boleh dikatakan agak jarang terjadi para peranti elektronik lain – terutamanya konsol.

Pengguna PlayStation yang menerima mesej berkenaan dicadangkan agar untuk membuka mesej berkenaan melalui aplikasi PlayStation Messaging yang ditawarkan di Android dan iOS, dan memadamnya melalui aplikasi berkenaan sebelum mengaksesnya melalui konsol.

Disamping itu, anda juga dicadangkan untuk menetapkan penerimaan mesej daripada rakan-rakan yang dikenali sahaja melalui halaman tetapan PlayStation hari ini.

Pihak Sony masih belum mengeluarkan kemaskini perisian untuk mengatasi kerentanan ini buat masa ini.

Sohor Kini