Sebelum ini, Bandai Namco mengumumkan bahawa Yugi Mutou dari siri Yu-Gi-Oh bakal tiba buat permainan perlawanan Jump Force. Terkini, watak seterusnya yang diumumkan adalah watak-watak dari siri Saint Seiya juga akan tiba bersama permainan tersebut.
Dua watak yang diumumkan adalah Pegasus Seiya dan Dragon Shiryu yang mana kedua-dua merupakan watak dari siri Saint Seiya. Melaluinya, Bandai Namco akan menyertakan pelbagai bentuk serangan ikonik dari siri tersebut termasuklah serangan panah seperti yang ditontonkan di video acah diatas.
Tambahan juga, peta kawasan Mayan City juga diumumkan dimana ianya merupakan kawasan yang baru untuk pemain bertempur.
Selain itu, Bandai Namco juga berkongsi sebilangan kandungan kostum tambahan buat mereka yang membuat pra-tempahan permainan tersebut. Melaluinya, 3 kostum dari siri Dragon Ball, One Piece dan Naruto akan disertakan bersama-sama dengan kenderaan lobi iaitu pod Frieza.
Bagi anda pengumpul diluar sana, Bandai Namco juga mengumumkan edisi Collector’s yang mana ianya akan menyertakan figura diorama khas 3 watak utama permainan tersebut iaitu Luffy, Naruto dan Goku bersama-sama dengan bekas besi khas dan 3 karya papan karya seni. Dari segi harga, Bandai Namco masih belum berkongsi berkenaannya.
Minggu ini juga bermula sesi beta tertutup buat permainan tersebut dimana anda boleh mencubannya mengikut masa yang disediakan. Bagi informasi lanjut berkenaannya anda boleh ke artikel dibawah.
Jump Force Disertakan Watak Baharu Rekaan Akira Toriyama – Pemain Juga Boleh Mereka Watak Sendiri
Jump Force akan dilancarkan pada Februari 2019 ini buat konsol Playstation 4, Xbox One dan PC.