Skip to main content

Microsoft hari ini mengemaskini sistem operasi untuk konsol Xbox One dengan sebilangan fungsi baru bersama-sama dengan Xbox Avatar baru yang dilaporkan oleh kami sebelum ini.

Seperti yang dinyatakan oleh kami di atas, fungsi Xbox Avatar yang baru kini akhirnya tiba buat pengguna umum dimana pemain berupaya untuk mengubah-suai avatar pemain dengan pelbagai pengubah-suaian yang menarik.

Terdapat pelbagai pengubah-suaian yang menarik seperti baju-baju yang baru dan juga animasi yang baru seperti pemain boleh menerbangkan watak avatar tersebut seakan adiwira dan sebagainya. Tambahan juga, terdapat pelbagai barangan yang pemain boleh beli melalui kedai atas-talian Xbox.

Selain itu, pemain juga boleh berkongsi avatar tersebut di pautan rasmi profil pemain melalui Xbox One.

Selain daripada itu, kemaskini Cortana dan Alexa juga kini dikemaskini melalui Xbox One. Sekaligus, pemain berupaya untuk mengawal konsol tersebut dengan menggunakan arahan suara seperti mengambil paparan skrin, ataupun membuka sebarang permainan.

Kemaskini berikutnya adalah sokongan Dolby Vision untuk audio dan juga narator berbahasa Sepanyol, Portugis, Poland, Sweden, Belanda dan Inggeris Australia.

Bagi anda yang mempunyai Xbox One, jangan lupa untuk mengemaskini konsol anda ke sistem operasi yang baru ini untuk menggunakan segala fungsi-fungsi baru tersebut.

Leave a Reply